Alkisah @ kemaman.net

APA-APA AJE YANG BERKAITAN DENGAN KEMAMAN @ ORANG KEMAMAN (?)

D E M I   M A S A
SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, KECUALI
ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJA AMALAN BAIK
DAN BERPESAN-PESAN PADA MENJALANKAN KEBENARAN
DAN BERPESAN-PESANAN PADA MENJALANKAN KESABARAN.

PENCAPAIAN PMR 15 SMK TERENGGANU 2011

ANALISIS UTK PMR 2011

1. SM Sains Sultan Mahmud (SBP KPM)8A-86,7A-2 GP 1.03
2. SM Imtiaz Besut (Sekolah Elit Kerajaan Terengganu) 9A-39 GP 1.04
3. SMK Mak Lagam (Sekolah Elit JPNT) 9A-11, 8A-79 GP 1.04
4. SMK Lembah Bidong (Sekolah Elit JPNT) 9A-18, 8A-62 GP 1.07
5. SMK Tengku Mahmud (Sekolah Premier) 8A-109, 7A-1 GP 1.09
6. SM Imtiaz Kuala Berang (Sek. Elit Kerajaan Trg) 9A-37 GP 1.09
7. SM Imtiaz Dungun (Sek. Elit Kerajaan Trg) 9A-57 GP 1.11
8. SM Imtiaz Kuala Terengganu (Sek. Elit Kerajaan Trg) 9A-60 GP 1.11
9. SMKA Sheikh Abdul Malek (Sekolah Agama Harian KPM) 9A-128 GP 1.13
10. SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMA Kerajaan Trg) 9A-67 GP 1.13
11. SBPI Batu Rakit (SBP KPM) 9A-43 GP 1.14
12. SMK Chukai (Sekolah Premier) 9A-14, 8A-71 GP 1.17
13. SM SAINS DUNGUN (SBP KPM) 8A-41 GP 1.20
14. SMK Tg. Ampuan Intan (Sek Premier) 9A-6, 8A-45 GP 1.23
15. SMKA Wataniah (Sek Agama Harian KPM) 9A-32 GP 1.23

(Sumber: http://tepces.com)

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

34,271 calon dapat semua A dalam PMR 2011

PUTRAJAYA 22 Dis. – Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan pada tahun ini didapati lebih baik daripada tahun lepas di mana GPN yang dicatatkan adalah 2.74.

Beliau menjelaskan, nilai GPN yang lebih rendah menunjukkan keputusan yang lebih baik.

“Seramai 34,271 daripada 441,137 calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010. Berlaku peningkatan sebanyak 0.75 peratus di sini.

“Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, calon yang mendapat minimum gred D (tidak termasuk A) pula meningkat sebanyak 1.49 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu.

“Bagi pencapaian calon luar bandar pula, bilangan calon yang mendapat semua A meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lepas.

“Calon bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, nilai GPN bagi calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata.

“Namun pada keseluruhannya pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 12 daripada 1,370 calon berkeperluan khas berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini berbanding lima orang pada tahun lepas.

“Calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (semua D) pada tahun ini juga meningkat dari segi bilangan dan peratusan. Ini dapat digambarkan pada nilai GPN sebanyak 4.10 mata berbanding 4.19 pada 2010,” katanya.

- UTUSAN

BERITA BERNAMA PULA MENYATAKAN SEPERTI BERIKUT:

Seramai 34,271 pelajar daripada 441,137 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, berbanding 30,863 pada 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata ini merupakan peningkatan 0.75 peratus.

“Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini Khamis.

Katanya kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.

Abd Ghafar berkata bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.

Calon yang mendapat minimum D (tidak termasuk semua A) meningkat kepada 272,966 calon (61.88 peratus) berbanding 265,388 calon (60.39 peratus) pada 2010.

Abd Ghafar berkata pencapaian calon luar bandar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran juga meningkat kepada 6,474 calon (4.28 peratus) berbanding 5,825 calon (3.81 peratus) pada tahun lalu, iaitu peningkatan 0.46 peratus.

Begitu juga dengan pencapaian pelajar bandar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran terus meningkat 0.86 peratus, daripada 24,084 pelajar (8.86 peratus) pada 2010 kepada 26,189 pelajar(9.72 peratus) tahun ini.

Calon yang mendapat semua E menunjukkan trend penurunan -0.01 peratus bagi kedua-dua kategori iaitu daripada 249 calon (2010) kepada 216 calon (2011) bagi calon bandar dan daripada 132 calon (2010) kepada 121 calon 2011) bagi calon luar bandar.

“Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya.

WILAYAH PERSEKUTUAN

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Datuk Khairil Awang berkata keputusan PMR di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh lapan tahun,

Beliau berkata pencapaian calon PMR bagi Wilayah Persekutuan meningkat berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 2.54 berbanding 2.59 pada tahun 2010 dan nilai GPN WP iaitu sebanyak 2.54 mengatasi GPN (2.71) yang juga pencapaian terbaik bagi peperiksaan PMR setakat ini.

Terdapat 22,449 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan jumlah yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ialah 2,296 calon, meningkat daripada 2,103 pada tahun lepas.

Enam sekolah memperoleh kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah (Sains) Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur, Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria dan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

TERENGGANU

Di KUALA TERENGGANU, keputusan peperiksaan itu menyaksikan peningkatan 1.15 peratus berbanding tahun lepas dan daripada 23,630 calon, 1,746 (7.8 peratus) memperolehi dalam semua mata pelajaran.

Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu Hashim Mohd Zin berkata, prestasi Gred Purata Negeri tahun ini meningkat kepada 2.57 berbanding tahun lepas 2.58.

“Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud pula menduduki tangga teratas 26 buah sekolah mencapai prestasi A atau sekolah berpencapaian tinggi (GPS 1.00 – 1.80), berbanding 25 buah tahun lepas,” katanya.

NEGERI SEMBILAN

Di SEREMBAN, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Pkharuddin Ghazali berkata seramai 12,566 calon sekolah kerajaan telah berjaya mencapai tahap penguasaan minimum (mendapat sekurang-kurangnya D) dalam semua mata pelajaran yang diambil.

“Ini merupakan satu peningkatan 1.7 peratus jika dibandingkan dengan pencapaian tahun 2010,” katanya.

Pkharuddin berkata bilangan calon sekolah kerajaan yang berjaya mencapai keputusan penuh 9A, 8A atau 7A di negeri itu meningkat 220 orang kepada 1,707 orang calon, berbanding 1,487 pada 2010.

PERAK

Di PERAK, tahun ini juga adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Negeri 2.74 mata.

Timbalan Pengarah Pelajaran Perak Mohd Idris Ramli berkata, daripada 41,015 calon tahun ini, mereka yang berjaya mendapat semua A dalam PMR adalah seramai 3,513 orang berbanding 3,017 orang tahun lepas.

“Semua mata pelajaran menunjukkan kenaikan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam,” katanya.

PULAU PINANG

Di PULAU PINANG, Pengarah Pelajaran Negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata keputusan pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding 2010 iaitu sebanyak 2,103 orang yang mendapat semua A dalam mata pelajaran diambil

“Gred Purata Negeri pula menunjukkan prestasi positif dengan mencatatkan 2.65 berbanding 2.70 tahun lepas,” katanya.

KEDAH

Di ALOR SETAR, keputusan bagi Kedah menunjukkan peningkatan cemerlang apabila 23,697 daripada 35,829 calon mendapat pencapaian tahap minimum bagi semua mata pelajaran manakala peratusan pencapaian calon bandar dan luar bandar menunjukkan jurang yang kecil berbanding tahun lalu iaitu 12.70 peratus berbanding 18.63 peratus tahun lalu.

PERLIS

Di KANGAR, Pengarah Pelajaran Perlis, Dun Kasa, berkata kelulusan yang dicatatkan tahun ini ialah 63.70 peratus apabila 2,878 calon mencatat pencapaian gred A, B, C dan D berbanding 59.75 peratus tahun lalu manakala 76 calon mendapat 9A, 240 mendapat 8A dan 11 mendapat 7A.

Sebanyak 20 buah sekolah menghasilkan sekurang-kurangnya seorang calon mendapat semua A berbanding 17 buah sekolah tahun lalu.

MELAKA

Di MELAKA, Pengarah Pelajaran Melaka Datuk Mohamad Yusof Osman berkata pada keseluruhannya, pencapaian calon tahun ini dalam 14 mata pelajaran adalah terbaik.

KELANTAN

Di KOTA BAHARU, peratus kelulusan calon dari sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran meningkat 0.98 peratus berbanding tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang berkata sebanyak 67.73 peratus daripada 19,962 calon mendapat kelulusan minimum D bagi semua mata pelajaran yang diambil berbanding 66.75 peratus pada tahun lepas.

SABAH

Di SABAH, peratusan kelulusan di negeri itu meningkat kepada 63.06 peratus melibatkan 23,782 calon berbanding 59.14 peratus tahun lepas melibatkan 21,928 calon.

Pengarah Pelajaran Negeri Datuk Dr Muhiddin Yussin berkata jumlah calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 1,025 orang berbanding 870 orang sebelumnya.

SARAWAK

Di KUCHING, calon PMR dari Sarawak mencatat pencapaian yang terbaik bagi negeri itu, dengan kelulusan 68.97 peratus, berbanding empat tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam berkata 1,948 calon mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diduduki manakala 26,946 mencapai kelulusan minimum.

PAHANG

Di KUANTAN, Pengarah Pelajaran Pahang Yahya Zainal Abidin berkata daripada 25,658 calon yang mendaftar, 1,782 mendapat semua A manakala 16,340 berjaya menguasai semua mata pelajaran.

“Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran menurun daripada 0.075 peratus kepada 0.004 peratus pada tahun ini,” katanya.

Menurut Yahya keseluruhan pencapaian PMR di Pahang menunjukkan kenaikan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Pendidikan Islam.

( Sumber: Bernama – 22/12/2011 – 2:45 PM )

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Kem Little Champs

27 Disember, 2009 12:40 PM
Kem Little Champs Untuk Cungkil Jaguh Sukan – Shabery
KEMAMAN, 27 Dis (Bernama) — Mulai tahun depan, Kementerian Belia dan Sukan akan memperkenalkan program Kem Little Champs di setiap kawasan Parlimen dalam usaha untuk mendedahkan kanak-kanak seawal usia tujuh hingga 11 tahun terhadap kemahiran asas sukan.

Program itu yang merupakan kesinambungan kepada Program Tunas Gemilang bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan sekaligus melahirkan atlet-atlet negara untuk masa depan.

Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata melalui program itu, beliau percaya usaha KBS dan cawangan Mengenalpasti Bakat, Institut Sukan Negara (ISN) untuk melahirkan atlet bertaraf dunia menjelang 2020 akan dapat dicapai.

“Program ini akan diperkenalkan dari satu kawasan Parlimen ke satu kawsan Parlimen mengikut konteks kemudahan sukan yang dapat disediakan di tempat itu, contohnya kalau di Kemaman sukan badminton, bola sepak, memanah, dan hoki.

“Bakat-bakat yang dikenalpasti melalui program ini kemudian akan kita salurkan ke Majlis Sukan Negara atau Jabatan Pendidikan Daerah untuk membangunkan bakat-bakat baru ini untuk muncul sebagai atlet negara suatu hari nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem Little Champs peringkat Parlimen Kemaman di Kompleks Rakan Muda di sini Sabtu malam.

Turut hadir, Ketua Pengarah ISN Datuk Dr Ramlan Aziz dan jurulatih perseorangan badminton negara Datuk Misbun Sidek.

Program selama empat hari bermula Khamis lepas disertai 130 orang kanak-kanak berusia sembilan hingga 11 tahun, yang terpilih dari daerah ini.

Ahmad Shabery berkata, untuk melahirkan seseorang yang mempunyai bakat semula jadi seperti bekas pemain bola sepak terkenal negara Allahyarham Mokhtar Dahari mungkin hanya 1 dalam 1,000 orang.

Sehubungan itu, katanya usaha untuk mencungkil, membentuk dan melahirkan jaguh sukan perlu dilakukan dengan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa.

– BERNAMA

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

MB Terengganu Bersumpah

23 Disember, 2009 19:18 PM
MB Terengganu Bersumpah Tiada Penyelewengan Dalam Pentadbiran Beliau
KUALA TERENGGANU, 23 Dis (Bernama)– Sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Rabu dikejutkan dengan lafaz sumpah Menteri Besar Datuk Ahmad Said bagi menafikan berlaku penyelewengan dalam pentadbiran beliau.

Katanya segala projek yang dilakukan oleh kerajaan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan semuanya dilakukan adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata.

“Saya merasa sedih apabila ada wakil rakyat mempersoalkan mengenai pemberian kurma dan air zam-zam, malah ada andaian berlaku penyelewengan.

“Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi…tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat,” katanya.

Ahmad berkata bahawa bungkusan kurma yang diagihkan kepada rakyat Terengganu dengan kos RM20 adalah berpatutan dan tidak ada sebarang penyelewengan dalam pemberian kontrak pembelian tiga jenis kurma dan air zam-zam itu.

Beliau mengulas mengenai soal pengagihan air zam-zam dan kurma yang dibangkitkan oleh Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) dalam sesi perbahasan bajet semalam.

Sepanjang persidangan sejak tiga hari lepas, antara persoalan yang dibangkitkan ialah mengenai pemberian kontrak melombong bijih besi di Bukit Besi, kontrak pemberian baju sekolah kepada pelajar miskin dan dasar rundingan terus yang dilakukan oleh kerajaan dalam soal pembaikan dan penurapan jalan.

Ahmad berkata, wakil rakyat sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan, tidak seharusnya menggunakan keistimewaan dewan untuk membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap kerajaan mahupun pegawai kanan beliau yang tidak berpeluang untuk menjawabnya.

“Kalau rasa ada penyelewengan dan rasuah, silakan (bangkitkan) di luar dewan.

“Sebab dalam polisi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) jelas, kalau buat tuduhan yang mana terbukti tidak benar, orang (yang dituduh) itu boleh ambil tindakan dan mendakwa orang yang berkenaan kerana fitnah. Jangan guna hak istimewa dewan ini dengan membuat dakwaan bukan-bukan,” katanya.

Sebelum itu, Ahmad berkata sektor pelancongan akan dijadikan sebagai sumber ekonomi penting negeri Terengganu pada masa akan datang untuk mengelak kebergantungan kepada hasil royalti minyak daripada kerajaan pusat.

Katanya kerajaan perlu mencari alternatif jangka masa panjang untuk menjana ekonomi negeri itu kerana minyak di perairan Terengganu akan habis pada suatu hari nanti.

“Daripada RM1.888 bilion yang diperuntukkan dalam bajet Terengganu tahun depan, 92 peratus daripadanya diperoleh melalui sumber kerajaan pusat melalui Dana Khas Kerajaan Pusat, yang tidak lama lagi, InsyaAllah akan menjadi wang royalti.

“Untuk itu usaha yang perlu kita lakukan ialah menjana pendapatan negeri pada masa depan melalui sektor pelancongan dan ia akan diletakkan sebagai tulang belakang ekonomi Terengganu,” kata Ahmad.

Beliau berkata, untuk itu kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan yang besar untuk membangunkan sektor pelancongan termasuk untuk memajukan Tasik Kenyir.

Katanya, walaupun Tasik Kenyir telah dibuka hampir 30 tahun, namun bilangan pelancongan yang berkunjung ke tasik buatan terbesar di Asia Tenggara itu masih berkurangan.

Ini kerana walaupun mempunyai daya tarikan alam semula jadinya tersendiri, kawasan itu masih kurang tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan kurang kemudahan asas, kata Ahmad.

“Tidak ada pelabur yang ingin datang buka hotel atau resort di situ kerana tidak ramai yang datang, dan kerana itu, kerajaan ingin memajukan Tasik Kenyir,” dengan menyediakan program berkunjung ke pulau di tasik itu.

Ahmad berkata 340 buah pulau yang terdapat di Tasik Kenyir mampu memberi pendapatan lumayan untuk sektor pelancongan jika ia dimajukan seperti cadangan kerajaan untuk mewujudkan Pulau Burung, Pulau Rama-rama, Taman Orkid dan Pulau Herba.

Beliau juga menyebut mengenai satu penemuan artifak berusia hampir 10,000 tahun di Gua Bewah di kawasan tasik itu.

Persidangan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

– BERNAMA

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Natrah Sentiasa Rindu Keluarga Angkat Di Kemaman

10 Julai, 2009 21:13 PM

Natrah Sentiasa Rindu Keluarga Angkat Di Malaysia

KEMAMAN, 10 Julai (Bernama) — Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya, sentiasa merindui keluarga angkatnya di Malaysia ketika beliau sakit teruk akibat leukemia sebelum meninggal dunia dua hari lepas.

Saudara angkat Natrah, Rokayah Mohd Dahan, 63, berkata Natrah sering meluahkan perasaannya itu sama ada melalui telefon atau emel kepada adiknya di sini, dan anaknya yang tinggal di Kuantan.

Malah, beliau yang merupakan cucu kepada ibu angkat Natrah, Che Aminah Mohamed, berkata Natrah juga mempelawa mereka menjenguknya di Belanda di saat beliau sakit teruk akibat penyakit berkenaan.

Rokayah berkata beliau menerima berita kematian Natrah menerusi telefon pada pukul 8 malam semalam daripada anaknya, Mohd Akram Abdul Aziz yang bekerja di Kuantan.

“Selepas menerima berita tersebut, saya terkejut dan sangat sedih kerana banyak kenangan bersama Natrah semasa dia berada di sini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mak Chili Paya dekat sini Jumaat.

Beliau berkata antara kenangan yang tidak dapat lupakan ialah Natrah masih petah bercakap bahasa Melayu loghat Indonesia sewaktu datang ke Kemaman pada 1997 walaupun telah 46 tahun meninggalkan Malaysia.

“Pada 1997, Allahyarhamah balik ke Kemaman bersama suaminya warga Indonesia sambil diiringi dua wartawan Belanda. Ketika itu Natrah tinggal di Kemaman tiga malam dan tidur di rumah saya satu malam.

“Masa itulah kami sempat berkongsi kenangan dengannya dan beliau juga masih gemar makan ketupat palas,” katanya.

Rokayah berkata selepas Natrah meninggalkan Malaysia dan pulang ke Belanda, dia berkahwin dengan lelaki Belanda dan mempunyai 10 anak.

“Beberapa tahun selepas itu, Natrah berkahwin pula dengan rakyat Indonesia dan pernah pulang ke Kemaman pada 1997,” katanya.

Natrah meninggal dunia akibat leukemia pada usia 72 tahun di kediamannya di Huijbergen, Belanda, dua hari lepas.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin dan dia diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.

– BERNAMA
Edit

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

NATRAH MENINGGAL DUNIA

09 Julai, 2009 20:30 PM

Maria Hertogh Atau Natrah Meninggal Dunia Di Belanda Pada Usia 72 Tahun

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

“Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,” kata Dr Fauziah.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.

– BERNAMA

1 Comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Kemaman Mini Zoo

M’sian zoo to follow S’pore’s open concept

Mon, Feb 16, 2009
The New Straits Times

By Sean Augustin and Nurul Mardiana Abdul Alim

KEMAMAN, TERENGGANU: There are great expectations of the Kemaman zoo, touted to be the largest on the east coast, which is due to open by the end of next month.

Located on a 54-ha site in Bukit Takal, bordering the popular firefly colony in Kampung Yak Yah, it will house animals of about 100 species, including bears, seladang (Malayan gaur), kijang (barking deer), wild goats, orang- utan, crocodiles and tigers.

These animals are among the 100 species to be featured at the new zoo in Bukit Takal, Kemaman, which is due to open at the end of next month.

Malaysian Association of Tour and Travel Agents Terengganu Chapter Committee member and tour operator Alex Lee said the opening of the zoo would bode well for the tourism industry here.

This is because it will help shift the focus of the industry to Kemaman since most of the popular sites in the state are located up north, he added.

“I hope the zoo will also serve as a rehabilitation and conservation centre. This will attract more visitors.”

Lee hoped there would be efficient management and promotion of the place. He also hoped it would have an open zoo concept like in Singapore as tourists tend to skip zoos that caged up animals.

Malaysian Nature Society Terengganu chairman Wan Adnan Ismail said he also preferred the open zoo concept.

He hoped the zoo would be popular for being a well-managed animal kingdom instead of being the biggest.

“It has to be attractive. We don’t want people leaving the zoo feeling sorry for the animals.”

Restaurant operator, Latifah Mohd Razi, hopes the zoo will help boost business here with the high number of tourists expected.

Nazariah Mustafa, 33, who operates a sundry shop in Jalan Saga, said: “I hope the infrastructure, especially the road, will also be upgraded.”

-The New Straits Times

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Kuala Terengganu Dibangunkan Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan

09 Januari, 2009 21:37 PM  

KUALA TERENGGANU, 9 Jan (Bernama) — Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberi jaminan legasi pendidikan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Allahyarham Datuk Razali Ismail untuk penduduk di Kuala Terengganu akan diteruskan melalui hubungan langsung dengan dirinya.

Hishammuddin berkata beliau sendiri akan menjalankan peranan untuk memastikan Kuala Terengganu dibangunkan sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan.

“Secara peribadi, saya mengambil pendekatan yang lebih bersungguh-sungguh kerana kawasan ini bekas kawasan Timbalan Menteri saya yang merupakan seorang yang cukup komited, ikhlas dan jujur untuk pastikan dan impikan untuk bangunkan Kuala Terengganu sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

“Jangan bimbang pengorbanan arwah tidak akan kita lupakan… orang sini akan ada hubungan langsung dengan Menteri Pelajaran sendiri selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pengundi guru di SK Pulau Rusa di sini, Jumaat.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Hishammuddin berkata beliau jarang turun padang ke Kuala Terengganu sebelum ini kerana mempunyai seorang timbalan yang berkarisma, namun kini dengan ketiadaan Allahyarham Razali, beliau akan memastikan kekosongan itu diisi dengan dibantu oleh rakan-rakan yang lain.

Beliau turut memberi jaminan bukan sahaja pendidikan anak-anak di kawasan Kuala Terengganu terbela tetapi juga soal kebajikan mereka menerusi calon Barisan Nasional Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh jika diberikan peluang untuk menjadi Anggota Parlimen nanti.

“Saya tidak akan biarkan kawasan Kuala Terengganu. Memang pemergian Datuk Razali satu kehilangan yang besar, tetapi saya hadir hari ini dan serta beberapa hari yang lalu untuk terus sokong usaha calon kita. Sekiranya diberikan tempat nanti, apa yang dijanji akan terus ditunaikan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi di Kuala Terengganu termasuk warga pendidik supaya membuat pertimbangan yang wajar semasa hari pengundian nanti kerana ia akan turut melibatkan soal pendidikan anak-anak.

– BERNAMA

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Hubungan Kaum Dalam BN Lebih Jujur Berbanding Pembangkang, Kata Ahmad Shabery

08 Januari, 2009 14:45 PM  

KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Bernama) — Hubungan antara kaum di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) lebih jujur berbanding pentadiran pembangkang, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Malah, katanya, parti pembangkang tidak berlaku jujur dalam pakatannya sendiri seperti yang dilihat di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

Sebagai contoh, beliau berkata, PAS tidak pernah meletakkan calon daripada kaum Cina di Terengganu bagi menjaga kepentingan kaum berkenaan walaupun sewaktu parti itu memerintah negeri itu sebelum ini.

“Waktu Pas memerintah dulu, mereka pernah janji yang mereka nak pinda perlembagaan supaya membenarkan beberapa ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) (kaum Cina) dilantik tetapi mereka tidak pernah berbuat demikian kerana bila mereka berkuasa, mereka tidak pedulikan tentang kepentingan kaum Cina di negeri Terengganu,” katanya kepada Bernama di sini.

Ahmad Shabery berkata keadaan yang sama turut berlaku di Pulau Pinang sekarang apabila ADUN dari PAS yang memenangi pilihan raya umum lepas tidak diberi peluang oleh DAP menjawat jawatan Anggota Exco Kerajaan Negeri.

“Jadi hubungan mereka sebenarnya tidak pernah jujur…penuh dengan rasa curiga, penuh dengan rasa kesangsian antara satu sama lain,” katanya.

Berbeza dengan BN, Ahmad Shabery berkata, kerajaan sentiasa mementingkan kesepakatan dan kepentingan setiap kaum dalam membuat sebarang keputusan.

Katanya ia dapat dilihat di kawasan DUN Bandar dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu apabila wakil MCA diberi ruang untuk bertanding di situ walaupun masyarakat Cina hanya meliputi 40 hingga 45 peratus daripada penduduknya.

“Setiap kali menang, mereka akan dilantik menjadi Exco supaya suara mereka didengar,” katanya.

– BERNAMA

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Sokong BN Hadapi Krisis Ekonomi, Kata Ahmad Shabery

08 Januari, 2009 15:37 PM  

KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Bernama) — Rakyat perlu berdiri kukuh di belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi krisis ekonomi dunia pada masa ini, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Katanya rakyat seharusnya tidak terlalu ghairah berpolitik sehingga boleh merencatkan usaha kerajaan memperbaiki keadaan ekonomi negara.

“Langkah kerajaan untuk memperbaiki keadaan, mengatasi pengangguran, memberi tumpuan kepada kebajikan dan sebagainya akan terencat sekiranya masyarakat kita terlalu tinggi berpolitik,” katanya kepada Bernama di sini.

Dengan menjadikan Singapura sebagai contoh, Ahmad Shabery berkata rakyat republik itu bersatu dengan kerajaan kerana menganggap mereka seperti berada dalam peperangan ketika dilanda kemelesetan ekonomi.

“Rakyat perlu faham masalah ekonomi ini bukan disebabkan oleh kita tetapi disebabkan masalah di luar negara,” katanya.

– BERNAMA

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com