December 24th, 2009 at 4:29pm |
23 Disember, 2009 19:18 PM
MB Terengganu Bersumpah Tiada Penyelewengan Dalam Pentadbiran Beliau
KUALA TERENGGANU, 23 Dis (Bernama)– Sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Rabu dikejutkan dengan lafaz sumpah Menteri Besar Datuk Ahmad Said bagi menafikan berlaku penyelewengan dalam pentadbiran beliau.
Katanya segala projek yang dilakukan oleh kerajaan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan semuanya dilakukan adalah [...]
Bacalah sepenuhnya : MB Terengganu Bersumpah
January 10th, 2009 at 6:07pm |
09 Januari, 2009 21:37 PM
KUALA TERENGGANU, 9 Jan (Bernama) — Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberi jaminan legasi pendidikan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Allahyarham Datuk Razali Ismail untuk penduduk di Kuala Terengganu akan diteruskan melalui hubungan langsung dengan dirinya.
Hishammuddin berkata beliau sendiri akan menjalankan peranan untuk memastikan Kuala Terengganu dibangunkan sebagai sebuah pusat [...]
Bacalah sepenuhnya : Kuala Terengganu Dibangunkan Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
January 9th, 2009 at 6:05pm |
08 Januari, 2009 14:45 PM
KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Bernama) — Hubungan antara kaum di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) lebih jujur berbanding pentadiran pembangkang, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Malah, katanya, parti pembangkang tidak berlaku jujur dalam pakatannya sendiri seperti yang dilihat di negeri-negeri yang dikuasai mereka.
Sebagai contoh, beliau berkata, PAS tidak pernah [...]
Bacalah sepenuhnya : Hubungan Kaum Dalam BN Lebih Jujur Berbanding Pembangkang, Kata Ahmad Shabery
January 9th, 2009 at 5:51pm |
08 Januari, 2009 15:37 PM
KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Bernama) — Rakyat perlu berdiri kukuh di belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi krisis ekonomi dunia pada masa ini, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Katanya rakyat seharusnya tidak terlalu ghairah berpolitik sehingga boleh merencatkan usaha kerajaan memperbaiki keadaan ekonomi negara.
“Langkah kerajaan untuk memperbaiki keadaan, mengatasi [...]
Bacalah sepenuhnya : Sokong BN Hadapi Krisis Ekonomi, Kata Ahmad Shabery
January 9th, 2009 at 5:28pm |
08 Januari, 2009 19:31 PM
KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Bernama) — Amran Rashid sekeluarga lega kerana tidak lagi perlu berbelanja besar untuk perjalanan ke ibu negara bagi menghantar dan menunggu kepulangan anggota keluarga yang menunaikan haji tahun ini.
Sebelum ini, beliau yang tinggal di Seberang Takir dekat sini, terpaksa berbelanja antara RM1,000 dan RM2,000 untuk ke Lapangan [...]
Bacalah sepenuhnya : LTSM Hub Penerbangan Haji Pantai Timur
January 7th, 2009 at 5:22pm |
06 Januari, 2009 21:52 PM
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Sebuah negeri Islam konservatif, musim tengkujuh dan pulau-pulau indah.
Begitulah gambaran awal yang ada dalam pemikiran sekumpulan belia Amerika Syarikat yang akan mengikuti program sebagai pembantu pengajar bahasa Inggeris (ETA) selama 10 bulan di Terengganu.
Meskipun mereka mungkin mengalami kejutan budaya berikutan latar belakang kehidupan yang berbeza, [...]
Bacalah sepenuhnya : 23 Belia Amerika Mengajar Di Terengganu
January 5th, 2009 at 4:57pm |
04 Januari, 2009 12:24 PM
Setiu kembali dilanda banjir apabila beberapa buah kampung di kedua-dua daerah berkenaan dinaiki air malam tadi menyebabkan seramai 471 orang terpaksa dipindahkan sehinggga pukul 9 pagi ini.
“Setakat ini seramai 248 orang dipindahkan di Kemaman dan 223 orang dipindahkan di Setiu,” kata jurucakap Bilik Gerakan Banjir Kontinjen Polis Negeri Terengganu ketika dihubungi [...]
Bacalah sepenuhnya : Kemaman Dan Setiu Kembali Dilanda Banjir
January 2nd, 2009 at 4:16pm |
01 Januari, 2009 18:49 PM
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta pihak pembangkang supaya tidak lagi membangkitkan isu royalti minyak kerana ia telah selesai dengan persetujuan kerajaan pusat menyerahkan sepenuhnya pengurusan wang tersebut kepada kerajaan negeri.
Ahmad berkata isu kerajaan pusat tidak menyerahkan wang royalti sudah tidak timbul kerana kerajaan persekutuan telahpun menyerahkan cek bayaran royalti [...]
Bacalah sepenuhnya : Jangan Main Lagi Isu Royalti – Ahmad Said
December 30th, 2008 at 3:53pm |
29 Disember, 2008 18:28 PM
KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Bernama) — Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mengadakan kursus selepas perkahwinan kepada pasangan yang sudah berkahwin bagi mengurangkan kadar perceraian di negeri ini.
Pesuruhjaya JHEAT Datuk Sheikh Harun Sheikh Ismail berkata kursus seumpama itu belum pernah diadakan di Malaysia tetapi pernah diadakan di negara-negara maju seperti [...]
Bacalah sepenuhnya : JHEAT Anjur Kursus Selepas Perkahwinan Atasi Perceraian
August 15th, 2008 at 8:49am |
Bandar Di Terengganu Bertambah Maju Apabila LPT Fasa Dua Siap
KUALA TERENGGANU, 14 Ogos (Bernama) — Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) fasa dua, yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi, akan menjadikan bandar-bandar di Terengganu bertambah maju, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said.
Beliau berkata rakyat tidak perlu bimbang kerana kerajaan mempunyai perancangan teliti bagi [...]
Bacalah sepenuhnya : Bandar Di Terengganu Bertambah Maju Apabila LPT Fasa Dua Siap