Alkisah @ kemaman.net

APA-APA AJE YANG BERKAITAN DENGAN KEMAMAN @ ORANG KEMAMAN (?)

D E M I   M A S A
SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, KECUALI
ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJA AMALAN BAIK
DAN BERPESAN-PESAN PADA MENJALANKAN KEBENARAN
DAN BERPESAN-PESANAN PADA MENJALANKAN KESABARAN.

Kem Little Champs

27 Disember, 2009 12:40 PM
Kem Little Champs Untuk Cungkil Jaguh Sukan – Shabery
KEMAMAN, 27 Dis (Bernama) — Mulai tahun depan, Kementerian Belia dan Sukan akan memperkenalkan program Kem Little Champs di setiap kawasan Parlimen dalam usaha untuk mendedahkan kanak-kanak seawal usia tujuh hingga 11 tahun terhadap kemahiran asas sukan.
Program itu yang merupakan kesinambungan kepada Program [...]

Bacalah sepenuhnya : Kem Little Champs

Hubungan Kaum Dalam BN Lebih Jujur Berbanding Pembangkang, Kata Ahmad Shabery

08 Januari, 2009 14:45 PM
 

KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Bernama) — Hubungan antara kaum di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) lebih jujur berbanding pentadiran pembangkang, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Malah, katanya, parti pembangkang tidak berlaku jujur dalam pakatannya sendiri seperti yang dilihat di negeri-negeri yang dikuasai mereka.
Sebagai contoh, beliau berkata, PAS tidak pernah [...]

Bacalah sepenuhnya : Hubungan Kaum Dalam BN Lebih Jujur Berbanding Pembangkang, Kata Ahmad Shabery

Sokong BN Hadapi Krisis Ekonomi, Kata Ahmad Shabery

08 Januari, 2009 15:37 PM
 

KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Bernama) — Rakyat perlu berdiri kukuh di belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi krisis ekonomi dunia pada masa ini, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Katanya rakyat seharusnya tidak terlalu ghairah berpolitik sehingga boleh merencatkan usaha kerajaan memperbaiki keadaan ekonomi negara.
“Langkah kerajaan untuk memperbaiki keadaan, mengatasi [...]

Bacalah sepenuhnya : Sokong BN Hadapi Krisis Ekonomi, Kata Ahmad Shabery

Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Anjur Debat Jelaskan Pelbagai Isu

02 Ogos, 2008 16:34 PM
 

DUNGUN, 2 Ogos (Bernama) — Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan program debat sebagai platform bagi membincangkan serta menjelaskan pelbagai isu untuk difahami oleh rakyat.
Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu bukan sahaja dapat menjelaskan secara terperinci sesuatu isu berkenaan, malah dapat mengelakkan pihak-pihak tertentu daripada mengadakan protes atau [...]

Bacalah sepenuhnya : Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Anjur Debat Jelaskan Pelbagai Isu

Ahmad Shabery Harap Mahasiswa Jadi Contoh Kepada Penduduk Kampung

28 Julai, 2008 10:46 AM
 

KUANTAN, 28 Julai (Bernama) — Mahasiswa universiti patut menjadi contoh di peringkat kampung dan daerah melalui persatuan belia peringkat kerana mereka membawa pengaruh besar dalam masyarakat, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
“Mahasiswa patut jadi contoh kepada adik-adik di bawah mereka, tak perlu jadi contoh di peringkat besar kerana peringkat kampung [...]

Bacalah sepenuhnya : Ahmad Shabery Harap Mahasiswa Jadi Contoh Kepada Penduduk Kampung

Keputusan Tidak Bertanding Bukan Atas Desakan Sesiapa – Ahmad Shabery

28 Julai, 2008 11:44 AM
 

KUANTAN, 28 Julai (Bernama) — Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata keputusan beliau untuk tidak bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Disember ini bukan atas desakan sesiapa.
“Saya kekal (dengan keputusan) tidak bertanding untuk jawatan ahli MT dalam pemilihan akan datang, tak ada desakan…tak timbul desakan.”
“Saya buat [...]

Bacalah sepenuhnya : Keputusan Tidak Bertanding Bukan Atas Desakan Sesiapa – Ahmad Shabery

Tidak Mustahil Umno-PAS Bersatu, Kata Ahmad Shabery

27 Julai, 2008 14:04 PM
 

KUALA TERENGGANU, 27 Julai (Bernama) — Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata penyatuan antara Umno dan PAS bukan sesuatu yang mustahil kerana kedua-dua parti itu pernah bersatu di bawah sebuah pakatan sebelum ini.
Beliau berkata apa yang lebih penting, kedua-dua parti itu perlu berbincang dengan hati yang ikhlas bagi memastikan penyatuan [...]

Bacalah sepenuhnya : Tidak Mustahil Umno-PAS Bersatu, Kata Ahmad Shabery

Kebebasan Media Tidak Harus Lari Daripada Prinsip Rukun Negara: Shabery

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Kebebasan dan keterbukaan media di negara ini mestilah diuruskan secara rasional agar tidak lari daripada prinsip-prinsip Rukun Negara, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata keterbukaan itu penting bagi memupuk masyarakat yang berfikiran rasional, berpengetahuan dan bertamadun tinggi.
“Kementerian sentiasa percaya bahawa keterbukaan dalam amalan media adalah trend di [...]

Bacalah sepenuhnya : Kebebasan Media Tidak Harus Lari Daripada Prinsip Rukun Negara: Shabery

Kerajaan Tidak Pernah Campur Tangan Pemilihan Berita Media, Kata Ahmad Shabery

20 Julai, 2008 22:42 PM

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan tidak pernah campur tangan dalam pemilihan berita media di negara ini khususnya di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Beliau berkata media di negara ini bebas memikirkan keutamaan sesuatu berita itu dan pihaknya tidak pernah memberi arahan mengenai berita [...]

Bacalah sepenuhnya : Kerajaan Tidak Pernah Campur Tangan Pemilihan Berita Media, Kata Ahmad Shabery

RTM Akan Beri Ruang Kepada Karyawan Muda Berkarya – Ahmad Shabery

17 Julai, 2008 17:38 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bersedia memberi lebih ruang kepada karyawan muda untuk mempamerkan karya kreativiti mereka menerusi program siaran di stesen itu, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Sehubungan itu, beliau turut menggesa stesen penyiaran swasta untuk mengambil langkah serupa bagi membantu [...]

Bacalah sepenuhnya : RTM Akan Beri Ruang Kepada Karyawan Muda Berkarya – Ahmad Shabery