April 25th, 2008 at 8:30am |
(Petikan dari SinarHarian Online)
KAMPUNG PAYA BERENJUT (KEMAMAN) – Muhd Harith Farhan Mohd Zain,8, menghidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan dan mengharapkan bantuan daripada orang ramai bagi pembiayaan sepanjang dia di Institut Jantung Negara (IJN). Muhd Harith Farhan merupakan murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Geliga, Kemaman.
Bacalah sepenuhnya : Kanak-Kanak Jantung Berlubang Mohon Simpati
April 25th, 2008 at 8:28am |
23 April, 2008 15:16 PM (Petikan dari Bernama.com)
Hakim Australia Kritik Universiti Griffith, Tuduh Ia Galak Ajaran Ekstrem
MELBOURNE, 23 April (Bernama) — Seorang hakim Australia menganggap Universiti Griffith di Brisbane, yang tahun lepas menerima “dua tokoh dari Malaysia” untuk menjalankan penyelidikan PhD di universiti itu, sebagai menggalakkan ajaran Islam yang ekstrem, yang menurutnya sama seperti [...]
Bacalah sepenuhnya : Hakim Australia Kritik Universiti Griffith, Tuduh Ia Galak Ajaran Ekstrem
April 23rd, 2008 at 6:39pm |
(Petikan dari Sinar Harian Online 23 April 2008)
Rantau Abang – Pas Terengganu menyokong penuh tuntutan kerajaan negeri yang dibuat Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Said meminta supaya kerajaan persekutuan menyerahkan kembali wang royalti minyak sebanyak lima peratus yang ditarik balik pada 2000 semasa pemerintahan Pas dahulu.
Bacalah sepenuhnya : Pas sokong Menteri Besar Tuntut Royalti
April 23rd, 2008 at 6:32pm |
(Petikan dari Sinar Harian Online 23 April 2008)
PEKAN AIR JERNIH (KEMAMAN) - Ratusan penduduk Pekan Air Jernih kini menghadapi masalah untuk melaksanakan kegiatan harian akibat pencemaran air Sungai Pekan Air Jernih, Kemasek sejak beberapa bulan lalu. Pencemaran itu didakwa berpunca daripada aktiviti sebuah syarikat yang melakukan kerja mengorek pasir di situ.
Bacalah sepenuhnya : Sungai Air Jernih (Kemaman) Kini Tercemar
April 23rd, 2008 at 10:05am |
(Petikan daripada: myMetro 23 April 2008)
Oleh Hadzlan Hassan dan Suhaidi Mohamed Amin
am@hmetro.com.my
KEMAMAN: Bagaikan polis, ahli keluarga mangsa bunuh, Zaiton Muhamad, 55, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nab menubuhkan pasukan siasatan sendiri untuk membolehkan suspek ditangkap di Cherating, Pahang.
Sejak kehilangan Kak Nab yang juga Ketua Wanita Umno Cawangan Kampung Bakau Tinggi, Rabu lalu, lebih 100 [...]
Bacalah sepenuhnya : (Keluarga Mangsa) Sepakat Siasat Sendiri
April 23rd, 2008 at 9:55am |
(Petikan Daripada: SinarHarian Online 23 April 2008)
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said bercadang untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan isu berkaitan wang ehsan dan juga pengurusan wang royalti minyak seperti yang dibangkitkan beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, sehingga ini Ahmad belum dapat memastikan mengenai tarikh sebenar beliau akan bertemu [...]
Bacalah sepenuhnya : MAMPAT Mohon Pusat Serah Royalti
April 23rd, 2008 at 9:38am |
(Petikan daripada: SinarHarian Online 23 April 2008)
KUALA TERENGGANU – Mayat seorang ibu tunggal berusia 55 tahun yang dilaporkan hilang sejak 16 April lalu akhirnya ditemui dalam keadaan tragis di Tapak Semaian Kampung Bukit Takar, Ibok, Kemaman, kelmarin dipercayai dibunuh suspek yang cuba menculiknya.
Mayat Zaiton Muhamad ditemui selepas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat [...]
Bacalah sepenuhnya : Kereta Kancil Mangsa Ditanam
April 20th, 2008 at 10:02am |
Masih ku ingat bagaimana aku ‘dikutip’ oleh CheGu Dol (guru-besar) untuk pergi ke sekolah.
Pada suatu hari di akhir tahun 1948 (semasa cuti sekolah agaknya) aku dan kawan-kawan (seramai 5 orang kalau tidak silap ingatanku) terdengar enjin motosikal besar masuk kampung. “Brum, bum, buk, buk, buk, dum, dum…”, bunyinya. Motorsikal yang dipandu oleh seorang yang berbadan [...]
Bacalah sepenuhnya : Kaedah Unik Tentukan Umur Untuk Mula Bersekolah
April 20th, 2008 at 9:50am |
Kemaman pada satu masa di zaman silam telah pernah mempunyai seorang pemerintah (wakil Sultan) yang bertaraf “gedebe” bernama Encik Abdul Rahman bin Ishak atau lebih dikenali oleh orang Kemaman dengan panggilan Che Deraman Raja. Dalam senarai Pegawai Daerah Kemaman, nama beliau termaktub sebagai Pegawai Daerah Kemaman yang pertama.
Saya anggap beliau sebagai seorang yang bertaraf gedebe [...]
Bacalah sepenuhnya : Seorang ‘Gedebe’ Pernah Memerintah Kemaman
April 20th, 2008 at 9:15am |
Jalan utama dari bandar (pekan) Chukai ke Kg Ayer Puteh (di Kemaman) adalah sepanjang 20 batu. Chukai di Batu 0 dan Kg Ayer Puteh di Batu 20. Seingatku bandar Chukai hanya mula ku kenali sekitar tahun 1948 ketika umurku baru 6 tahun; dan Jalan Ayer Puteh sepanjang 20 batu (lebihkurang 32 kilometer) itu adalah jalan [...]
Bacalah sepenuhnya : Jalan ‘Ayer Puteh’ Di Zaman Silam