Alkisah @ kemaman.net

APA-APA AJE YANG BERKAITAN DENGAN KEMAMAN @ ORANG KEMAMAN (?)

D E M I   M A S A
SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, KECUALI
ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJA AMALAN BAIK
DAN BERPESAN-PESAN PADA MENJALANKAN KEBENARAN
DAN BERPESAN-PESANAN PADA MENJALANKAN KESABARAN.

Banjir Di Terengganu Hampir Pulih

06 Januari, 2009 11:08 AM  

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Bernama) — Keadaan banjir di Setiu pulih sepenuhnya apabila semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak petang semalam, sementara di Kemaman jumlah mangsa berkurangan kepada 33 orang pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata dua buah lagi pusat pemindahan masih beroperasi di Kemaman iaitu di Balairaya Kampung Padang Kemunting yang menempatkan 32 orang manakala seorang lagi tinggal di rumah JKKK Kampung Dadong.

Beliau berkata keadaan banjir di Kemaman dijangka pulih sepenuhnya jika keadaan cuaca cerah hari ini.

Jurucakap itu berkata paras air di semua sungai utama di Terengganu hari ini berada pada paras biasa.

– BERNAMA

RSS 2.0 | Susurbalik | Komen

Sila komen di sini:

Anda perlu log masuk untuk membuat sebarang komen.