Alkisah @ kemaman.net

APA-APA AJE YANG BERKAITAN DENGAN KEMAMAN @ ORANG KEMAMAN (?)

D E M I   M A S A
SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, KECUALI
ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJA AMALAN BAIK
DAN BERPESAN-PESAN PADA MENJALANKAN KEBENARAN
DAN BERPESAN-PESANAN PADA MENJALANKAN KESABARAN.

KEMAMAN BUMI BERTUAH

Asal Usul Kemaman

Kemaman berasal dari perkataan “kera mamai” (ikut cerita orang-orang tua).

Ketua-Ketua Pemerintah Kemaman

  • Lebai Saris
  • Panglima Hasan Datuk Panglima Kaya
  • Tengku Wok
  • Encik Mat Datuk Bentara Haji
  • Tengku Yusof
  • Encik Abdul Rahman bin Musa
  • Encik Buruk bin Khatib Ismail
  • Tengku Hitam bin Tengku Abdul Rahim
  • Encik Abdul Rahman
  • Tuan Marta
  • Tengku Muda (Tengku Panglima)
  • Abdul Rahman bin Ishak (Datuk Seri Lela Diraja) – 1989(?)-1924
  • Encik Da bin Umar

Tokoh-Tokoh Kemaman

Sebelum merdeka kita mempunyai beberapa orang tokoh yang berasal atau pernah bermastautin di Kemaman. Mereka itu ialah Lebai Saris, Panglima Hasan, Ceong Ting (Che Teng), Encik Buruk, Ban Ho,  Haji Abdul Rahman Limbong, Che Deraman Raja (Dato’ Seri Lela Diraja Abdul RAhman bin Ishak), Tengku Ismail, Encik Bobok, Encik Abdul Rahman Bedar, Ismail Dato’ Nara, Encik Abdul Rahman bin Abdullah, Encik Da bin Abdullah, Pak ‘Id (Said), Pak Man Jiwa, Umar Pak Nuh,  Pak Nuh (Junuh), Mat Parut, Mahmud Janun, PakLah Peh, Pak Weng Mak Nah, Awang Rompin, Che Mat Paka, Wan Hitam dan lain-lain. Kebanyakan nama yang disebutkan ini bukanlah tokoh-tokoh dalam ertikata ‘baik’ semuanya kerana ada di kalangan mereka sebenarnya menjadi ingatan kerana dikenali oleh orang Kemaman sezaman atas tugas-tugas awam dalam “Kerajaan Kemaman” pada zaman pemerintahan Che Deraman Raja atau sebelumnya.  (Semua nama tu dipetik dari Buku Sejarah Terengganu karangan Haji Buyong Adil – DBP 1974).

Tokoh-tokoh lain yang dikenali sejak sebelum Zaman Jepun lagi dan tidak tercatat dalam buku-buku sejarah ialah hartawan-hartawan seperti Haji Wan Mamat, Haji Sulong, Che Ibrahim Muallaf, Haji Hitam (perempuan), Haji Awang Tambi, Dato’ Che Khalid dan lain-lain.

Selepas zaman Jepun sehingga sebelum dan selepas merdeka pula nama-nama yang agak tersohor juga dari segi ilmu agama, harta kekayaan, keusahawanan dan kedudukan politik ialah Cikgu Cik Jusoh, Haji Wan Muda Alim, Tok Guru Haji Abdullah,  Cikgu  Che Yaakub, Che Kassim, Haji Ali Chi, Umar Juruselam, Haji Wan Yahya, Dato’ Cikgu Taha, Dato’ Taukeh Pajak dan lain-lain.

Selepas merdeka pula kita ada Hasan Keling, Jusoh Busuk, Rani Gemok, Dato’ Wan Ismail Musa, Dato’ Wan Adnan, Dato’ Sulong (Kerteh), Dato’ Wan Ismail Long, Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad, Dato’ Omar Pilus, Dato’ Mohd Noor Yusof (Taja), Dato’ Ngah Haji Awang, Haji Ismail Alfalah, Dato’ Haji Wan Zaki, Ah Chik (Kedai Kopi Hai Peng) dan seterusnya Ustaz Haji Awang Dagang, Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Dato’ Ahmad Said dan lain-lain.